Berkata kepada UTUSAN ONLINE, dia sepatutnya menjalani pembedahan pada 3 Januari lalu namun terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu termasuk komitmen terhadap jadual kerjanya yang padat.

“Bagaimanapun, keadaan tersebut semakin teruk dan menyukarkan saya untuk makan. Jadi saya terpaksa membuat pembedahan segera agar tidak melarat.

“Itupun ketika pembedahan dilakukan semalam (Selasa), doktor pakar iaitu Dr. Shukri telah menemukan luka-luka baharu yang membuatkan kesakitan semakin terasa,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Tambah Muhamed Jauhari, keadaannya semakin stabil dan masih dirawat di hospital berkenaan.

“Saya mahu guna kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kakitangan hospital ini yang cekap melakukan tugas-tugas mereka,” ujarnya. UTUSAN ONLINE