Saerah dinikahkan oleh abangnya, Saiful Bahri Tarudin dalam majlis serba ringkas yang diadakan di Shah Alam, Selangor.


Saerah dan Mohd Sharidan yang juga pengurusnya berkenalan sejak 2009 dan mula menjalinkan hubungan secara serius sejak setahun yang lalu.


Saerah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Saiful Anuar Ahmad Shafie pada 2010. Melalui perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umairah, 6, Ahmad Daiyan, 5, dan Ahmad Aisy, 3. - UTUSAN ONLINE