RYAN REYNOLDS dan isterinya, Blake Lively.

Reynolds dalam satu temubual bersama majalah People berkata, mereka sentiasa mencuba untuk tidak menjalani penggambaran dalam pada masa yang sama supaya salah seorang daripada mereka ada bersama anak.

“Mudah, kalau saya ada penggambaran, isteri saya akan duduk di rumah dan bersama keluarga. Begitu juga sebaliknya. Kami tidak mahu kedua-duanya sibuk sehingga mengabaikan keluarga,” katanya.

Tambah pelakon filem adi wira Deadpool itu, mereka juga sentiasa mencuri masa di dalam jadual yang sibuk supaya dapat bersama kedua puteri mereka, James, 3, dan Ines, 1.

“Bagi saya, adalah penting untuk kita sedar tanggungjawab sebagai ibu bapa. Saya lahir dalam keluarga yang besar, begitu juga Blake jadi kami mahu mewujudkan suasana kekeluargaan yang harmoni dan bahagia untuk anak-anak,” katanya.- UTUSAN ONLINE