Laman web Entertainmentwise.com melaporkan, Rumer, 35, yang baharu sahaja melancarkan album ketiganya, berpendapat Swift adalah antara seorang penyanyi berbakat ketika ini.

“Saya rasa anda perlu bekerja keras dan membuat banyak pe­ngorbanan untuk menjadi seperti Taylor Swift.

“Pada pendapat saya, dia adalah seorang gadis yang dilahirkan untuk menjadi bintang dan dia tahu bagaimana untuk memainkan peranan sebagai seorang bintang,” jelasnya.

Dalam pada itu, Rumer melahirkan harapan masyarakat tidak terlalu terikut budaya selebriti dan dapat menilai antara perkara baik dan buruk serta tidak mudah terpengaruh.

“Selebriti tidak sepatutnya mempengaruhi masyarakat ter­utamanya generasi muda. Kadang kala kita akan berasa terganggu dengan perbuatan kurang bijak yang dilakukan oleh sesetengah selebriti di televisyen.

“Selebriti yang mempunyai perangai buruk bukan satu perkara yang baik dan saya berpendapat mereka tidak boleh dijadikan sebagai contoh teladan,” ujarnya lagi.