Program anjuran Yayasan Perdana Ummah dan Yayasan Mustika Kasih di bawah cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diadakan bagi memberi peluang kepada penggiat seni veteran menunaikan ibadah suci tersebut.

Ujar Pengerusi Yayasan Perdana Ummah, Datuk Rizal Mansor, program tersebut adalah pertama kali dilakukan dan rombongan fasa kedua pasti akan menyusul jika mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak.

Antara penggiat seni yang terlibat dalam program ini adalah seperti Hamid Gurkha, Aida Agil, Baharuddin Kahar dan ramai lagi. - UTUSAN ONLINE