Empat remaja yang menganggotai Rock Ages adalah para remaja yang berusia 12 sehingga 16 tahun.

Mereka ialah Daniel selaku vokalis Rock Ages berusia 14 tabun, Aiman pemain drum yang sebaya dengan Daniel serta adik beradik, Bobo (pemain bass), 12 dan abangnya, Didi, 16, gitaris kumpulan.

Rock Age yang pada asalnya ditubuhkan sekitar dua tahun lalu menampilkan vokalis wanita namun dengan wajah baharu 2018, empat remaja lelaki terus menggerakkan kumpulan ini.

Selain daripada Daniel sebagai penyanyi utama Rock Age, Aiman dan Bobo juga merupakan penyanyi dalam kumpulan yang dipimpin oleh Didi.

Aiman yang mencipta sebuah lagu khusus untuk adik kecilnya, berjudul Damiyaa, akan diperdengarkan pada persembahan yang berdurasi selama satu jam.

Dipentaskan di Panggung Utusan, jangan lupa menyaksikan segmen Busking Bersama Buskers pukul 5 petang ini di laman media sosial Facebook Utusan Online. - UTUSAN ONLINE