Dianggotai empat remaja terdiri daripada Daniel (vokalis), Aiman (drum), Bobo (bass) dan Didi (gitar), mereka ini pernah muncul di atas Panggung Utusan dalam segmen yang sama tahun lepas.

Bukan sekadar mengisi slot Busking Bersama Buskers yang dihoskan oleh Apak, Rock Ages memilih platform ini untuk memperlihatkan kematangan mereka dalam mengadakan persembahan.

Busking Bersama Buskers yang masuk tahun kedua, tahun ini, mendapat sambutan daripada pemuzik jalanan, artis bukan arus perdana yang memerlukan platform untuk menguar-uarkan bakat seni mereka.

Justeru Rock Ages tidak terkecuali daripada menempatkan nama kumpulan ini untuk dikenali khalayak khususnya penggemar muzik di Malaysia.

Busking Bersama Buskers yang menjadi salah satu segmen live Utusan Online, diadakan pada hari Jumaat, dua minggu sekali dengan pengisian hiburan santai.

Rock Ages telah menyediakan 10 buah lagu untuk dipersembahkan pada petang ini. - UTUSAN ONLINE