Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat rakaman MVM Production, lagu tersebut dihasilkan sendiri anggota kumpulan berkenaan iaitu Achoi, sementara liriknya ditulis secara bersama oleh tiga pengkarya iaitu Zai Floor 88, Romeo Manja dan Room None.

Penyatuan suara Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli dan vokalis Floor 88 iaitu Ayie Elham, 21, merupakan satu gandingan cocok, sekali gus menghasilkan paduan vokal yang menarik untuk didengar.

Roadblock Hatiku mengisahkan seorang wanita dan lelaki saling jatuh cinta dari pandangan pertama mereka.

Video muzik lagu tersebut sudah pun dimuat naik dalam laman YouTube milik MVM Production serta boleh didengar menerusi semua platform digital. - UTUSAN ONLINE