Terkini menerusi entri di laman Instragram miliknya, Intan mengumumkan dia telah dipilih oleh pengeluar pakaian jenama tempatan, Ashh & Annas sebagai wajah baharu untuk memperagakan koleksi terbaharu sempena Aidilfitri tidak lama lagi.

“Alhamdulillah, rezeki ini bukan untuk bonda semata-mata tetapi untuk anak-anak juga.

“Terima kasih kepada Annas Easkey yang menjelmakan peluang ini. Syukur sangat,” tulis Intan menerusi status yang dimuat naik di media sosialnya itu.

Sebelum ini, wanita yang semakin dikenali dengan sapaan Bonda Intan itu pada awal Mac lalu telah dipilih oleh Datuk Seri Aliff Syukri sebagai model tudung keluarannya, AliffbySha.

Sementara itu pda satu kenyataan yang dikeluarkan pihak Ashh & Annas, pemilihan Intan untuk memperaga koleksi baharunya adalah disebabkan penampilan wanita itu yang manis dan lemah lembut.

“Kami sedang giat mempromosikan koleksi baju raya dinamakan Classy Raya 2018 dan boleh lihat contoh baju di laman Intagram @ashhannas,” memetik kenyataan tersebut.

Intan Liana dan Ude bercerai pada 23 Mac lalu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dan mereka memiliki dua anak, Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 1. Mereka berkahwin pada 1 Mac 2013.

November lalu, pelakon Izreen Azminda mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup. - UTUSAN ONLINE