Selain melibatkan diri dalam bidang lakonan, Keena turut memberitahu bahawa dia juga akan muncul dengan dua single dangdut bertajuk Penghibur dan Burung Tak Berkandang ciptaan Hamid Mufari di sana.

Ujar Keena, single tersebut akan dipasarkan ke lebih 300 stesen radio tempatan di sana dan kini, perjalanannya agak menarik walaupun terpaksa berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Indonesia.

“Jadual saya agak padat ketika ini kerana terlibat dengan beberapa persembahan di Jakarta selain menghadiri jemputan program bual bicara di beberapa stesen televisyen di sana.

“Namun begitu, saya bersyukur dan saya anggap bahawa ini adalah rezeki untuk Keena Prasista bagi tahun 2018 untuk terus aktif dalam industry seni,” ujarnya kepada Utusan Online.

Katanya lagi, dia juga akan membuat kemunculan istimewa dengan gaya ‘cat suit’ yang bertopeng sepanjang mempromosikan kariernya.

“Idea untuk tampil unik ini timbul selepas Keena berkesempatan bertemu dengan ikon dangdut Indoseia, Julia Perez.

“Untuk terus dikenali dalam kalangan masyarakat, perubahan ini adalah sesuatu yang perlu untuk membezakan Keena dengan artis-artis sedia ada,” katanya.

Terdahulu, Keena sebenarnya lebih dikenali dengan nama Keena Mentor namun atas cadangan pihak pengurusannya, Rousing Muses Pictures Sdn. Bhd, Keena kini mahu dikenali sebagai Keena Prasista. – UTUSAN ONLINE