Amat mengagumi kredibiliti Razaisyam yang sebelum ini pernah dinobatkan selaku pemenang Pengarah Drama Terbaik ASK 2016 menerusi telefilem Fatin, tuah Razman boleh dikatakan berganda apabila Sembilan turut diterajui barisan pelakon handalan.

“Drama diterbitkan sebanyak 10 episod itu akan disiarkan di salah satu saluran milik Astro dan menampilkan gandingan hebat pelakon dua negara iaitu Atiqah Hasiholan dari Indonesia bergandingan dengan Beto Kusyairy, pelakon tempatan.

“Antara nama lain ialah Azhan Rani, Amerul Affendi, Sara Ali, June Lojong, Kodi Rasheed, Luqman Hafidz, Amir Nafis dan Bima Azriel.

“Saya rasa amat bertuah kerana bukan saja berpeluang bekerja dengan pelakon-pelakon berkaliber, bahkan dapat mengintai pasaran negara seberang memandangkan drama ini adalah kerjasama rumah produksi dari Malaysia dan Indonesia,” ujar pemilik nama penuh Masrazman Md. Mahayuddin itu.

Menurut pemuda yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti Pencarian Hero Remaja 2017 itu, dia juga bakal membabitkan diri dengan produksi drama Rahsia Hati untuk siaran RTM tidak lama lagi.

Pelakon lain yang turut terlibat ialah Risteena Munim, Alif Muhaimin, Asha Zainul, Rahim Omar dan Esma Daniel. - UTUSAN ONLINE