One Avenue Band (OAB) berjaya mencuri hati peminat dan penggemar muzik menerusi lagu mereka yang berjudul Kisah Antara Kita.

Muzik video mereka yang dimuat naik di platform YouTube kira-kira tujuh bulan lalu berjaya menarik perhatian lebih 28 juta orang penonton.

Petang ini, OAB telah menyediakan 10 buah lagu untuk menghiburkan para penonton Busking Bersama Buskers dan semestinya lagu berhantu mereka, Kisah Antara Kita akan dipersembahkan secara eksklusif dalam segmen hiburan yang berdurasi selama satu jam ini.

Busking Bersama Buskers adalah slot atau segmen hiburan yang menjadi platform persembahan secara live, dua minggu sekali, hari Jumaat, dihoskan oleh Apak. - UTUSAN ONLINE