Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Rangkaian Radio Media Prima perkenalkan tradigital

SEELAN PAUL bersama tiga penyampai radio iaitu AG (Kool FM), Ajak
SEELAN PAUL bersama tiga penyampai radio iaitu AG (Kool FM), Ajak (Hot FM) dan Guibo (Fly FM) sewaktu di Lombok, Indonesia baru-baru ini.

LOMBOK 17 Julai - Ekoran dunia digital yang kini menggantikan peranan format tradisional terutama dalam dunia penyiaran, Rangkaian Radio Media Prima (RRMP) mengambil langkah ke hadapan dengan memperkenalkan pengisian tradigital dalam persembahan radio-radio di bawah pengurusannya.

Pengisian tradigital ini menggabungkan dua format iaitu tradisional dan sekali gus digital apabila para penyampai radio mereka perlu menggunakan kedua-dua platform tersebut untuk berkomunikasi dengan para pendengar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif RRMP, Seelan Paul, evolusi dunia penyampai radio sudah semakin inovatif dan mereka perlu seiring dalam dengan perkembangan teknologi digital agar tidak ketinggalan daripada pelbagai sudut.

Ketika ini tiga stesen radio popular iaitu Hot FM, Fly FM dan Kool FM bernaung di bawah pengurusan RRMP.

Justeru kata Seelan, para penyampai radio RRMP tidak sekadar menjadi penyampai radio, sebaliknya perlu menyediakan kandungan video bagi menarik minat para pendengar.

Setiap daripada mereka pula, jelas beliau, perlu memuat naik dua kandungan video setiap minggu menerusi media sosial.

“Para penyampai boleh memuat naik sebarang kandungan video ini sama ada dari segi kerjaya atau pun boleh juga memuat naik video yang bersifat peribadi. Ini satu cara untuk terus mendekati para pendengar kerana mereka lebih suka melihat dari dekat mengenai kehidupan seorang penyampai.

“Kita tidak boleh lagi terus kekal dengan cara tradisional kerana evolusi dunia penyiaran sangat berbeza. Misalnya berbelas tahun dulu, seorang penyampai itu yang memilih lagu untuk disiarkan tetapi kini, sudah ada pengarah muzik yang menentukan sesebuah lagu yang akan dimainkan di radio.

”Begitu juga perubahan dalam dunia blog. Ketika ini pendengar lebih memilih media sosial seperti Instagram dan Facebook dan dunia blog sudah semakin berkurangan,” katanya.

Malah tambah Seelan, cara penyampai radio berinteraksi dengan para pendengar juga sudah berbeza termasuk intonasi suara yang bersifat lebih bebas.

“Justeru stesen radio perlu relevan dengan kehendak pendengar dan pengguna serta kita perlu memuaskan kehendak dan citarasa mereka,” kata Seelan lagi.

Untuk itu, Seelan berkata demikian dalam percutian bersama media di Lombok, Indonesia selama tiga hari pada 14 Julai lalu.

Turut menyertai trip media tersebut ialah Pengurus Besar Kumpulan RRMP, Anida Mohd Tahrim dan tiga penyampai radio popular, Ajak (Hot FM), AG (Kool Fm) dan Guibo (Fly FM). - UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan