Rakaman CCTV itu dimuatnaik oleh pemilik Facebook Ziman de Fourthyseven. 


Di dalam rakaman tersebut, pasangan didakwa Alif Aziz dan Afifah Nasir itu menunjukkan mereka berpegangan tangan sambil berjalan.


Bukan itu sahaja, turut tular sebuah lagi video didakwa isteri kelahiran Singapura itu menyerang suaminya di pusat karaoke berkenaan. - UTUSAN ONLINE