Pengarah Urusan Malik Stream Corporation, Abdul Malik Dasthigeer berkata, lokasi dan tarikh pertemuan itu masih belum ditetapkan dan akan dimaklumkan dalam masa terdekat jika mendapat persetujuan pemimpin negara itu.

Abdul Malik berkata, pihaknya yang merupakan pengedar rasmi filem terbaharu aktor tersebut telah mengemukakan hasrat berkenaan kepada Pejabat Perdana Menteri beberapa hari lalu dan berharap akan mendapat maklum balas yang positif.

“Setakat ini, belum ada sebarang jawapan daripada Perdana Menteri, jadi setelah beliau (Najib) memuktamadkan tarikh, kita akan menangguhkan penggambaran filem pada hari itu untuk seketika,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Rajinikanth akan berada di Malaysia sehingga 21 November ini untuk penggambaran filem ‘Kabali’ dan antara lokasi filem berkenaan ialah Melaka, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Brickfields, kuil Batu Caves dan Pulau Carey, Banting. - UTUSAN ONLINE