“Bila saya kongsi berita baik, mendapat peluang seperti ini, respons yang saya dapat adalah sebaliknya. Mereka bukan beri sokongan, tetapi kutukan bertalu-talu, tanpa henti berbulan-bulan lamanya.

“Sebab itulah saya rasa, selepas ini tidak perlu lagi berkongsi berita baik kepada umum. Mereka tak perlu diberitahu apa-apapun, supaya kita sebagai artis tidak lagi dikecam atau dikutuk, supaya mereka lebih berpuas hati.

“Iyalah, untuk apa saya gigih bercerita kalau di akhirnya yang diterima adalah kecaman dan kritikan tidak membina?” Tanya wanita ini.

Dalam pada itu, ditanya sama ada dia berasa malu apabila kemahuannya untuk menyertai pasukan Marvel tidak kesampaian, Ilya positif menganggap keputusan untuk menolak tawaran itu adalah satu tindakan yang tidak akan pernah disesali. Untuk seumur hidupnya, dia tidak sedikit pun berasa ralat meninggalkan tawaran produksi tersebut kerana dia mempertahankan prinsip diri.

“Untuk apa saya rasa malu? Kalau saya terima juga tawaran tu, saya amat pasti hal yang lain pula akan berlaku kepada saya. Anda tak tahu, barangkali saya akan dibuang oleh keluarga atau dibuang negara pula, mungkin,” katanya, yang kekal enggan mendedahkan kisah sebenar di sebalik kepulangannya dengan tangan kosong pada minggu lalu.

Mengakui dia cukup teruja dengan tawaran awal yang diberikan, tetapi setelah berbincang dengan lebih lanjut, dia nekad menarik diri.

“Tak saya nafikan, itu adalah satu peluang keemasan buat sesiapa pun. Kalau hendak ke peringkat antarabangsa, boleh saja dengan watak itu. Tetapi saya tetap ingat akan diri sendiri, sejauh mana pun saya pergi, diri saya tetap adalah orang Malaysia. Kita ada agama dan kena ada batas-batasnya walaupun hanya sekadar dalam lakonan.

“Ada perkara yang membataskan dan hal-hal itu tidak dimaklumkan sebelum saya tiba di AS. Andai saya nak kejar populariti atau duit, mungkin sudah gelap mata menerimanya, tetapi sanggupkah saya untuk menerima risiko menanggung malu dibuang keluarga dan kecaman lain walau salah satu babak itu berdurasi 10 saat sekali sahaja?” katanya.

Tetap merahsiakan perkara sebenar di sebalik penolakan tersebut, semangat Ilya untuk meneruskan langkahnya ke industri perfileman luar negara tidak pernah padam meski mengaku ada kala hatinya sedikit hampa.

Tidak pulang dengan tangan kosong, Ilya memberitahu, dia bagaimanapun dipelawa untuk membintangi sebuah filem di bawah sebuah produksi dan pengarah terkenal di AS juga. Filem itu tidak membabitkan Marvel.

“Filem itu masih dalam pembikinan dan buat sementara ini, saya kembali aktif dalam industri tempatan dan akan terbabit dalam sebuah drama terbitan Dark Wave termasuk sebuah filem aksi tidak lama lagi.

“Saya anggap ia bagai sebuah rezeki terpijak. Pihak produksi di Los Angeles (LA) itu juga tahu masalah yang dialami ketika bersama Marvel dan mereka sedang mencari kesesuaian watak buat saya,”katanya.

Tidak merancang mahu meninggalkan terus dunia lakonan di tanah air sendiri, Ilya lebih selesa untuk ‘bermain’ di ruang kedua-dua industri demi mengembangkan bakat dan menimba ilmu lakonan.

PANAS seketika dengan pelbagai terjahan kutukan terhadap Raja Ilya yang dikatakan ‘menipu’ apabila mendakwa menerima tawaran berlakon sebuah filem besar di Hollywood baru-baru ini. Sesetengah komen yang dibuat oleh golongan netizen ternyata agak melucukan apabila menyentuh isu Raja Ilya yang dikatakan tidak jadi menyertai ‘keluarga’ Marvel, sebuah filem terbaru terbitan syarikat komik gergasi itu di Amerika Syarikat (AS).

Mencadangkan lebih baik dia menjual vadey atau muruku sahaja selepas ini, ada antara komen itu juga menyebut agar Raja Ilya bersara sahaja dari dunia lakonan dan sepatutnya merasa malu dengan ‘penipuannya’ selama ini.

Raja Ilya pernah menjelaskan kepada umum bahawa keputusannya menolak tawaran filem itu adalah kerana kegagalan mencapai persefahaman daripada dua belah pihak. Dan isu ini kembali timbul kerana ada netizen mengaitkan diri Raja Ilya dengan kisah tular wanita tempatan bernama Shiva Kalaisevan.

Shiva yang berketurunan India, tiba-tiba sahaja menjadi bahan bualan ramai apabila berjaya membintangi drama siri televisyen bersiri popular berjudul Gotham di AS dengan membawa watak sebagai pemimpin kontinjen wanita League of Shadows.

Merasa hairan dengan keadaan itu, Raja Ilya mempersoalkan adakah masyarakat kita baru menyedari bahawa selama ini sememangnya terdapat pelakon tempatan yang berhijrah dan bekerja dalam industri perfileman di AS?

“Sebenarnya, saya bukanlah pelakon pertama yang menerima tawaran untuk berlakon di sana. Sudah ada ramai lagi orang kita yang dapat peluang di sana. Malah, tawaran untuk drama bersiri Gotham itu juga bukanlah pertama kali diterima oleh Shiva.

“Dia sudah banyak kali berlakon di sana dan pernah menerima watak yang lebih berat dan besar daripada wataknya dalam Gotham itu. Kenapa ya baru sekarang netizen kita baru perasan tentang dia. Apakah ini semata-mata hendak membandingkan kami?” Soalnya.

Kata pelakon berusia 32 tahun ini lagi, andai benar masyarakat kita pandai menghargai bakat anak tempatan, daripada seseorang itu masih belum popular di luar negara, dia sepatutnya dijulang di negara sendiri terlebih dahulu.