Lagu duet bersama isterinya, Nagita Slavina itu merupakan ciptaan Melly Goeslow dan Anto Hoed yang dicipta khas untuk runut bunyi filem yang menampilkan bintang filem Malaysia, Nur Fazura.

Raffi berkata, dia tidak terlalu memberi fokus kepada kerjaya nyanyian kerana terlalu sibuk dengan dunia pengacaraan dan lakonannya.

“Saya menyanyi untuk suka-suka sahaja. Alang-alang sudah ada filem Rafathar, jadi saya nyanyikan lagu runut bunyi filem tersebut.

“Tapi tahun ini, saya memang mahu mula fokus kepada dunia perfileman. Dalam perancangan, ada 10 hingga 12 filem yang bakal saya terbitkan,” katanya. - UTUSAN ONLINE