Dianjurkan oleh Belbis Sdn. Bhd. dan AV Group, konsert yang asalnya direncanakan pada 5 Mei itu dijangka mendapat sambutan hangat peminat yang dahagakan persembahan bertenaga mereka.

Memilih StarXpo Centre yang terletak di KWC Fashion Mall Kuala Lumpur, konsert berkenaan akan bermula pukul 8.30 malam dan secara eksklusif, Radja bakal memperdengarkan single baharu mereka berjudul Malaikat Cinta.

Dibarisi oleh Indra (bes), Seno (dram), Moldi dan Iandhika selaku vokalis, Radja kali terakhir mengadakan persembahan berskala besar di negara ini adalah pada 2006.

Ditubuhkan sekitar 17 tahun dahulu, setiap anggota Radja menzahirkan rasa teruja mereka untuk kembali menggegarkan peminat Malaysia dan tidak ketinggalan, warga Indonesia yang menetap di sini.

Terkenal dengan seleksi lagu popular seperti Jujur, Benci Bilang Cinta dan Aku Ada Karena Kau Ada, tiket untuk menyaksikan konsert Radja boleh didapati secara dalam talian di www.airasiaredtix.com.

Selain itu, peminat juga boleh membelinya di Rock Corner di The Garden Mid Valley, Victoria Music di Plaza Sungei Wang dan Amcorp Mall serta Artist Gallery di Gurney Plaza dan Queensbay Mall, Pulau Pinang. - UTUSAN ONLINE