Pelakon yang dikenali melalui lakonannya dalam karya pengarah terkenal Mamat Khalid ini dikatakan mengadu sakit dada sebelum dimasukkan ke hospital semalam.


Bagaimanapun keadaan Rab atau nama sebenarnya, Khalid Shamsuri semakin tenat sejak awal pagi tadi. 


Difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Parit Buntar, Perak untuk urusan pengkebumian.


Antara watak Allahyarham yang cukup dekat dengan peminatnya adalah watak Yeh Sekupang yang pernah dibawanya dalam filem Rumah Pusaka Di Simpang Jalan. - UTUSAN ONLINE