BBC melaporkan, pasangan ke­kasih itu melangsungkan pertunangan dalam satu majlis tertutup di sini semalam dan ke­dua-duanya mengenakan pakaian tra­disional India.

Berita mengenai pertunangan pasangan kekasih itu sudah mula tersebar sejak tiga minggu lalu namun mereka tidak mengesahkannya sehingga semalam.

Bagaimanapun, tiada tarikh perkahwinan ditetapkan setakat ini.

Kedua-dua selebriti tersebut ber­kongsi saat manis mereka menerusi akaun Instagram masing-masing de­ngan Nick menggelar kekasihnya itu sebagai ‘bakal Puan Jonas’.

Priyanka pernah memenangi pertandingan Ratu Cantik Dunia pada 2000 dan membintangi kira-kira 50 filem Bollywood di ­samping beberapa selebriti terke­nal seperti Shah Rukh Khan dan Salman Khan, sekali gus menjadikan beliau sebagai aktres menerima bayaran paling tinggi di India.

Majalah Time menamakan be­liau sebagai seorang daripada 100 individu paling berpengaruh di dunia pada dua tahun lalu dan pada 2017, Priyanka disenaraikan antara 100 wani­ta paling berkuasa oleh majalah Forbes.

Nick sebelum ini pernah menubuhkan kumpulan nyanyian yang dinamakan The Jonas bersama dua adik lelakinya dan kini bergerak secara solo.

Penyanyi berusia 25 tahun itu dikatakan melamar Priyanka di London pada Jun lalu ketika membelikan aktres itu sebentuk cincin mahal.