Dikatakan suka memburuk-burukkan orang dan tidak tahu bersyukur, Hillary yang juga bekas gitaris kumpulan rock legenda, Search bagaimanapun mengakui sudah melupakan perkara tersebut.


“Saya dah lupakan hal itu,” katanya ringkas ketika ditemui pada sidang akhbar konsert mini Datuk Awie dan Dragon Malaya di sini hari ini.


Konsert yang bakal berlangsung pada 28 Oktober depan di House G-Tower turut menyaksikan Hillary Ang Project tampil sebagai pembuka tirai persembahan itu.


Selain Hillary, dua lagi anggota Prime Domestic iaitu Aweera (penyanyi) dan Fauzi (bes) turut meninggalkan kumpulan yang kini dikenali sebagai PrimeD. - UTUSAN ONLINE