Kutipan itu membolehkan filem arahan Ghaz Abu Bakar mencatat rekod sebagai filem Melayu paling laris tahun ini dan kedua terlaris di carta ‘all-time’ filem tempatan.

Selepas tiga minggu berada di pawagam sejak ia ditayangkan, jumlah penonton masih belum berkurangan dan itu telah mengubah trend tradisi filem-filem Melayu yang ditayangkan sebelum ini.

Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, Astro Shaw yang merupakan penerbit filem Polis Evo mengucapkan terima kasih kepada penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang telah memberikan sokongan luar biasa terhadap filem Polis Evo.

“Pihak Astro Shaw, termasuklah pelakon dan pekerja filem merasa bersyukur dan terkejut dengan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada penonton yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang tidak henti-henti memberi reaksi positif mengenai Polis Evo menerusi laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan perbualan harian mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Polis Evo yang merupakan filem bergenre aksi dan memaparkan kisah dua anggota polis, Khai lakonan Shaheizy Sam dan Sani (Zizan Razak) telah berjaya mencatat kutipan lebih RM2.5 juta selepas empat hari ditayangkan dan kutipan mencecah sehingga RM8 juga selepas 11 hari ditayangkan di pawagam. - UTUSAN ONLINE