Menerusi posting di media sosial Facebook, Pian atau nama sebenarnya, Mohd. Rafik Abdul Rahman, 48, dikhabarkan tidak sedarkan diri dan berada di Wad Pemulihan Jantung (CRW).

Menurut seorang rakan, semalam, Pian mengadu sukar bernafas dan dibawa ke sebuah klinik bagi mendapatkan rawatan kerana dia enggan ke hospital.

“Dia ke klinik kerana semput dan diberi ubat neubilizier untuk melegakan asma. Akan tetapi, pada awal pagi tadi, keadaan kesihatan Pian tidak memuaskan.

“Maka dia dibawa terus ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” kata rakannya.

PIAN bersama kumpulan Cecupak
 

Keadaan Pian yang juga merupakan seorang bapa tunggal dan mempunyai dua orang cahaya mata, ditempatkan di wad Pemerhatian atau Observation dan dikatakan paru-parunya berair manakala jantungnya membengkak.

Apabila keadaan kesihatan Pian bertukar menjadi kritikal, dia dimasukkan ke Wad Pemulihan Jantung.

Sedikit latar belakang Pian, beliau menganggotai kumpulan Cecupak sekitar tahun 2000 dan bersama kumpulannya, mereka pernah melahirkan sebuah album dan dikenali menerusi lagu berjudul Bor.. Bor.. Bor.

Album Cecupak berbentuk humor, diterbitkan oleh Pak Pandir, Usop dan Izat Redang turut memuatkan lagu-lagu berentak joget, rap dan 60-an. - UTUSAN ONLINE