Pengumuman yang dibuat oleh pasangan pengacara Faizal Ismail dan Zizan Razak itu sekali gus bermaksud dua lagi pelajar iaitu Lisa dan Rachel, menjadi mangsa terakhir penyingkiran, menyertai enam lagi peserta lain yang telah tersingkir awal.

Dalam konsert separuh akhir yang diadakan di Auditorium MBSA itu, kesemua peserta dikehendaki menyanyikan dua buah lagu termasuk berduet dengan artis undangan seperti Forteen, Nourul Wahab, Aizat Hamdan, Aisyah Aziz, Azhael, Bob Yusoff dan Awesomepella.

Dengan pemilihan barisan finalis berkenaan ke peringkat final, pengetua AF2015, Edry Abdul Halim menyatakan persetujuannya terhadap pilihan peminat itu yang mempunyai kuasa sepenuhnya berdasarkan undian yang dibuat. - UTUSAN ONLINE