Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Persahabatan ASEAN melalui muzik

SEBAN YAK 10 negara ASEAN menyertai C ASEAN Consonant Concert “The Sound and Spirit of ASEAN ” yang 4
SEBAN YAK 10 negara ASEAN menyertai C ASEAN Consonant Concert “The Sound and Spirit of ASEAN ” yang berlangsung di Matic, Kuala Lumpur baru-baru ini.

BERBILANG asal-usul telah melahirkan alat muzik tradisional yang pelbagai, lantas melahirkan warisan seni muzik yang kaya dan kompleks. Meskipun bersempadankan budaya masing-masing, namun muzik berjaya membentuk identiti tersendiri dan menonjolkan ciri-ciri persamaan yang dapat dikongsi bersama oleh pelbagai kaum di serata negara ASEAN.

Alat-alat muzik membranofon, kordofon, idiofon dan erofon dimainkan menerusi laras persembahan yang hampir serupa justeru memberi jiwa dan aspirasi ke arah pembentukan bangsa yang bersatu dalam negara anggota ASEAN.

Konsert C ASEAN Consonant yang diadakan di Dewan Tengku Abdul Rahman, Matic, Kuala Lumpur selama dua hari baru-baru ini dilihat berjaya mendapat perhatian masyarakat setempat.

Konsert ini merupakan satu bentuk apresiasi sekali gus boleh dianggap sebagai keseragaman dan kekayaan budaya tradisi terutamanya muzik di negara ahli ASEAN.

Sebanyak 10 negara ASEAN tampil dengan alat muzik tradisional khas masing-masing. Muzik yang dihadirkan mampu memberi gambaran bahawa muzik merupakan bahasa universal yang mampu melebur, menghilangkan segala macam masalah dan mempersatukan pelbagai suku bangsa, agama dan bahasa dari negara-negara yang terlibat.

Bukan itu sahaja, muzik etnik yang dibawakan dalam konsert selama hampir dua jam ini yang dianggap kuno oleh sebahagian besar anak muda di seluruh dunia sebenarnya mampu memberi impak yang besar apabila dihadirkan dengan kemasan gaya muzik terkini.

Bermula dengan lagu pembukaan iaitu lagu tema negara anggota ASEAN yang berjudul Asian Way, ternyata muzik yang dibawa melalui konsert ini mempunyai nilai penyatuan yang cukup tinggi.

Muzik yang dibawakan lebih kepada unsur alam ini sememangnya cukup sesuai bagi menyampaikan satu masej kepada dunia tentang pentingnya penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Malaysia yang menampilkan kumpulan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) dengan lima orang ahli muziknya secara langsung memperkenalkan permainan alat muzik tradisi seperti gambus, sitar dan juga seruling.

Konsert yang dipimpin oleh Mohd. Yazid Zakaria ini telah menarik minat penonton daripada pelbagai bangsa terutamanya pelancong luar negara yang jarang-jarang menyaksikan persembahan muzik unik seperti ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perlancongan dan kebudayaan Malaysia, Tan Sri Dr. Ong Hong Peng menyifatkan konsert C ASEAN Consonant ini sebagai satu inisiatif menggabungkan ahli daripada negara anggota ASEAN melalui seni dan budaya.

“Dengan menampilkan peralatan muzik tradisional dari 10 negara ASEAN, konsert ini secara dasarnya telah mempromosikan melodi unik daripada muzik tradisi negara masing-masing dan yang paling penting menampilkan bakat-bakat baharu dalam kalangan anak-anak muda ASEAN,” katanya.

 

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan