Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan jurucakap Skop Productions, tayangan naskhah arahan Syamsul Yusof itu bermula seawal 10.45 pagi sehinggalah ke lewat malam bagi menampung jumlah permintaan penonton.

Terdahulu, filem ke-40 terbitan syarikat produksi itu berjaya mencatat rekod baharu dalam sejarah perfileman negara apabila meraih RM2.05 juta pada tayangan awal atau sneak preview yang diadakan Rabu lalu.

Kutipan itu sekali gus memadamkan rekod dicatat filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid bagi tempoh yang sama iaitu sebanyak RM650,000.

Munafik 2 merupakan sekuel kepada karya Munafik yang diterbitkan dua tahun lalu, membariskan pelakon seperti Syamsul, Maya Karin, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali, Ku Faridah, Asmawi Ani, Nasir Bilal Khan, Fauzi Nawawi dan Weni Panca. - UTUSAN ONLINE