Jelas wanita cantik itu, peminat sekarang sudah bijak menilai dan terbuka untuk menerima pelakon yang sudah mendirikan rumah tangga.


“Ya, pada mulanya memang saya ada persepsi sebegitu. Tetapi Alhamdulillah, menerusi drama Tiada Arah Jodoh Kita, peminat mula nampak bakat dan akhirnya menerima saya seadanya.


“Lagipun suami saya, Mohd. Afiq Hazman merestui langkah saya dalam industri ini. Saya tahu batas-batas sebagai seorang isteri terhadap penerimaan sesuatu watak,” kata pemilik nama sebenar Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman itu.


Pada masa sama, Aprena yang juga sepupu kepada pelakon adik beradik popular, Nelydia dan Uqasha Senrose tidak menjadikan ikatan kekeluargaan sebagai batu loncatan dalam industri seni.


“Saya mahu dikenali atas bakat dan kemampuan sendiri. Lebih puas dan selesa,” katanya yang merupakan adik kepada Octavia Manrose itu.

Aprena dan Octavia adalah anak kepada dramatis Rosnah Mohd. Noor dan penyanyi dangdut, Iwan Syahman. - UTUSAN ONLINE