Terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya, beberapa peralatan termasuk meja di restoran berkenaan yang diletakkan di kaki lima berhadapan premis itu telah dirampas oleh penguatkuasa kerana didapati menghalang laluan.


Bagaimanapun Aliff menerusi rakaman siaran langsung dalam media sosialnya menjelaskan, operasi di restorannya masih berjalan seperti biasa walaupun mengakui berasa amat kecewa dengan tindakan tersebut.


Sementara itu, jurucakap Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung kejadian yang berlaku malam tadi. - UTUSAN ONLINE