Ketika kejadian, Swift, 25, yang baru tiba di lapangan terbang berkenaan untuk konsert jelajah dunia 1989 dikerumuni peminat, menyebabkan dia perlu meluangkan masa selama 20 minit di balai ketibaan tersebut.

Laman web hiburan TMZ melaporkan, para peminat penyanyi lagu Blank Space itu, tidak melepaskan peluang meminta tandatangannya dan merakamkan gambar bersama selebriti pujaan mereka.

Bagaimanapun, Swift tetap melayan penyokong setianya walaupun dikawal rapi oleh pengawal keselamatan di lapangan terbang itu.

Swift sering menunaikan permintaan peminat yang ingin bertemunya.

Mac lalu, penyanyi tersebut sempat berjumpa penghidap kanser otak, Jalene Salinas sebelum peminatnya itu meninggal dunia.