Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pementasan teater TANAH di DBP

MAJLIS Teater Negeri Selangor meneruskan kegiatan pementasan teater buat kali pertama bagi tahun ini apabila, teater berjudul Tanah karya dan arahan Kamarul AR pada akan dipentaskan pada 14 - 16 November ini di Auditorium DBP Kuala Lumpur.

Tanah sebuah teater patrotisme menceritakan tentang penjajahan British yang pernah meng­huru-harakan Tanah Melayu satu ketika dahulu.

Teater ini akan mengupas tentang semangat orang Melayu ketika itu bagi mem­pertahankan tanah air mereka daripada terus dijajah.

Teater ini memaparkan tentang bangsa Melayu yang bersatu jiwa dan raga sekali gus menjaga dan mengumpul kudrat untuk memelihara hak-hak keistimewaan bangsa di tanah tercinta.

Barisan pelakon berpengalaman dan baru digandingkan melalui teater ini antaranya, Juhara Ayob, Eliza Mustafa, Dean Sitara, Mubarak Majid, Salma Al Farisi dan Yun Mamat.

 

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan