Persoalan itu mempunyai dua jawapan iaitu Ya dan Tidak. Ya kerana ini trio baharu, Tidak kerana salah seorang anggota dalam Pelita Lusoh ini ialah Aweera.

Aweera menarik perhatian ramai apabila dia memulakan langkah dalam industri hiburan Malaysia dengan begitu baik kerana lagu Roman Cinta dendangannya bersama kumpulan Mojo berjaya meledakkan namanya sebagai penyanyi lelaki bersuara nyaring.

Namun jodoh Aweera dengan Mojo tidak panjang kerana Edry Abdul Halim selaku big bos, menolak kehadiran Aweera di atas pentas Anugerah Juara Lagu dan menggantikan penyanyi itu dengan Azmi Caliph Buskers gara-gara pergeseran dalaman yang cuba ditutup serapat-rapatnya oleh kedua-dua belah pihak. Namun itulah asam garam artis di Malaysia.

Selepas patah sayap ketiadaan Mojo, Aweera dipandang oleh Joe Wings yang menubuhkan kumpulan Prime Domestic. Sebuah lagi kumpulan yang dianggotai oleh serpihan daripada kumpulan lama.

Sekali lagi, Prime Domestic bukan pelabuhan untuk Aweera. Senyap dan hari ini, muncul Pelita Lusoh.

Apa kata tonton Jom Chat 9 malam ini secara live di Facebook Utusan Online untuk mengenali Pelita Lusoh yang juga dianggotai oleh Anep dan Alan. Gandingan 3A - Aweera, Anep dan Alan apakah menjadi pengakhiran baik buat Aweera secara peribadi.

Para penonton segmen bual santai yang dihoskan oleh Apak, digalakkan menghantar komen yang membina, bukan membinasa dan menggunakan bahasa yang berhemah untuk dibacakan dan dijawab oleh Pelita Lusoh malam ini. - UTUSAN ONLINE