Datuk Aliff Syukri
Datuk Aliff Syukri

“Jadi, saya tambah meja dengan meletakknya di tepi laluan. Bukanlah di tengah-tengah jalan tetapi pihak berkuasa merampas meja-meja saya,” kata Datuk Aliff Syukri berhubung insiden Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merampas peralatan termasuk meja di resotran yang diusahakan oleh Aliff Syukri di Kota Damansara, Petaling Jaya, pada malam kelmarin.

Aliff ketika ditemui wartawan Utusan Online pada majlis pelancaran Nur Sajat Rated Xtra di tonton dan single terbaharu Nur Sajat berjudul Makhluk Penggoda petang semalam mengakui kesilapannya meletakkan meja di tepi laluan restorannya.

Aliff berkata, sebagai seorang usahawan, beliau mengaku kesilapan yang telah dilakukannya dan akur dengan denda yang dikenakan terhadap dirinya.

“Saya tidak akan mengulangi kesalahan ini,” kata Aliff. - UTUSAN ONLINE