Berita kematian pelakon filem Hantu Kak Limah itu dimaklumkan salah seorang anaknya menerusi akaun Facebook dan dikongsi rakan-rakannya.


Allahyarham yang turut dikenali dengan nama ManKadir Shamsi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rantau Panjang di sini, selepas solat zohor hari ini.


Man Kadir terkenal menerusi lakonannya dalam filem-filem komedi arahan Mamat Khalid antaranya Man Laksa, Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.


Allahyarham terkenal sebagai pelakon pembantu dalam filem-filem tersebut yang dibarisi pelakon popular seperti Awie dan Allahyarham Zami Ismail. - UTUSAN ONLINE