Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Payslip bukan lagu cinta semata-mata

PAYSLIP dianggotai dari kiri Mohd. Asrul Najmi Abdul Latif, Nik 2
PAYSLIP dianggotai dari kiri Mohd. Asrul Najmi Abdul Latif, Nik Mohd. Arif Zulkifly, Mohd. Asoul Hakimi Abdul Latif dan Syazwan Yazid (duduk)

SAAT melihat kumpulan Payslip beraksi terus mengingatkan kembali kepada kumpulan Kristal sewaktu zaman awal kemunculan mereka sebagai pemuzik remaja suatu ketika dahulu.

Payslip yang dianggotai Mohd. Asrul Najmi Abdul Latif (bass), Nik Mohd. Arif Zulkifly (gitar), Mohd. Asoul Hakimi Abdul Latif (vokal) dan Syazwan Yazid (gitar) turut digelar sebagai XPDC Jr. berikutan Nik Mohd. Arif merupakan anak kepada pemain gitar XPDC, Izo, manakala Syazwan pengurus kumpulan tersebut, Yazid.

Mendengar alunan lagu-lagu dalam mini album terbaharu yang turut menggunakan nama Payslip sebagai judul, ia nyata cukup berbeza jika dibandingkan dengan kehadiran pemuzik-pemuzik sebaya dengan mereka.

Kumpulan dianggotai empat remaja yang bernaung di bawah label Warner Music Malaysia itu benar-benar memberikan peminat suatu naskhah yang cukup unik melalui tajuk lagu yang terkandung.

Mana tidaknya, jika pemuzik-pemuzik remaja yang lain banyak mengetengahkan lagu berkisar percintaan, lain pula Payslip yang memuatkan lagu berkisar adiwira.

Bagaimanapun, lagu berkisar adiwira itu bukanlah menceritakan kisah perjuangan adiwira sebaliknya menyentuh perihal kasih sayang seorang anak kepada ibunya. Secara tidak langsung, wanita itulah yang dianggap wira bagi dirinya.

Begitu juga dengan lirik lagu di trek kelima berjudul, Biasa Saja. Lagu tersebut menyentuh perihal norma masyarakat yang menekankan supaya hidup bermuafakat dalam melayari kehidupan seharian selain bersatu hati dan teguh dalam menghadapi hari-hari mendatang.

Selain itu, penyampaian lirik yang cukup jelas difahami sekaligus memudahkan pendengar untuk memahami maksud sebenar yang ingin disampaikan.

Ditambah dengan alunan melodi yang cukup catchy, ia sudah cukup membuatkan naskhah sulung Payslip ini antara karya yang senang untuk didengari.

Malah, bakat nyanyian kumpulan ini serta kualiti lagu yang didendangkan juga telah berjaya menarik perhatian syarikat perkhidmatan muzik digital terkemuka Sweden, iaitu Spotify.

Menerusi Spotify, single Syurga Sang Pencinta boleh didengari menerusi saluran tersebut di mana pendengar boleh memuat turun lagu seperti di iTunes.

Album yang mula menembusi pasaran pada penghujung tahun lalu itu memuatkan lima buah lagu berjudul Super Hero, Syurga Sang Pencinta, Mengambil Alih, Gergasi Hijau dan Biasa Saja.
– DHIYA’ZULHILMI DAUD

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan