Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pasca penceraian, Erma anggap Bade lelaki terbaik

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Pengarah, Erma Fatima menganggap bekas suaminya, Badaruddin Hj Azmi atau Bade sebagai lelaki terbaik yang pernah hadir dalam hidupnya.

ERMA FATIMA

Menurutnya, hubungannya bersama Bade masih baik walaupun dia sudah berpisah secara rasmi.

“Dia memang lelaki terbaik dalam kehidupan saya cuma jodoh kami sampai di sini sahaja. Lagipun Bade pun ada datang ke rumah untuk berjumpa dengan anak-anak. Jadi, tidak ada masalah antara kami,” jelasnya.

Terdahulu, Erma hadir pada majlis pelancaran Malaysia Fashion & Business Mission To New York di Sunway Pyramid, di sini, hari ini.

Erma akan membawa jenama Mak Cun untuk menyertai Couture Fashion Week New York (CFWNY) bersama jenama Sara J dan Eja Shahril pada awal September depan.

Dalam pada itu, jelas Erma, anak-anaknya juga faham dengan apa yang berlaku melibatkan dia dan Bade.

“Mereka ada bertanya kepada saya apa yang berlaku dan saya beritahu apa yang terjadi. Mereka faham,” jelasnya.

Tambah Erma, sebolehnya dia tidak mahu mengulas lanjut mengenai hal rumah tangganya dan menganggap kehidupannya kini adalah satu lembaran baharu.- UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan