Pasangan Nigar Jamal, 31, dan Eldar Gasimov, 22, yang dikenali dengan nama komersial mereka sebagai Ell (Gasimov) dan Nikki (Jamal) memenangi pertandingan itu menerusi lagu Running Scared berentak balada dengan mengumpul 221 mata.

Penyanyi dari Itali, Raphael Gualazzi yang tidak menyertai pertandingan itu selama 14 tahun ditempat kedua dengan memperoleh 189 mata dan tempat ketiga dimenangi penyanyi dari Sweden, Eric Saade yang memperolehi 185 mata.

Ia merupakan kali pertama sebuah negara dari Kaukasia memenangi pertandingan itu sejak 2008 dan menerusi kemenangan ini, Azerbaijan bakal menjadi tuan rumah untuk acara itu pada tahun depan.

Pertadingan itu disertai 43 negara.

Penyanyi tuan rumah dari Jerman, Lena hanya mampu berada di tempat ke-10 melalui lagu Taken By A Stranger.

Pertandingan itu ditentukan oleh panel profesional dan menerusi undian telefon dari semua negara yang mengambil bahagian.

Penyertaan kali ini agak luar biasa apabila pelbagai rentak muzik baru diperkenalkan termasuk rock gothik Georgia, jazz Itali, opera Korsikan, dengan pengaruh muzik tradisional dilihat semakin tenggelam.

Pertandingan tersebut yang dianggarkan menelan belanja sebanyak AS$36 juta (RM112 juta) disiarkan secara langsung dari stadium bola sepak di Dusseldorf disaksikan kira-kira 36,000 penonton dan kira-kira 120 juta penonton dari negara-negara yang mengambil bahagian menerusi siaran televisyen. - dpa