Menerusi pihak pengurusan masing-masing, kedua-dua pelakon tidak lagi menafikan berita tersebut seperti sebelum ini.

Pihak Salt Entertainment yang mewakili Shin Hye mengeluarkan kenyataan bahawa artis naungan mereka telah berkawan rapat dengan Tae Joon sejak setahun yang lalu.

“Park Shin Hye dan Choi Tae Joon memang sudah lama berkawan rapat dan sejak akhir tahun lalu mereka mula serius. Mereka sering memberi semangat antara satu sama lain. Harap peminat memberi sokongan kepada mereka yang baru menjalin hubungan itu,” kata wakil aktres itu.

Sementara itu, pihak Tae Joon turut mengesahkan yang pasangan itu telah mula berkawan rapat sejak akhir tahun lalu.

Sebelum ini, apabila sebuah portal di Korea mendedahkan yang Shin Hye yang popular menerusi drama You’re Beautiful, The Heirs , Pinocchio dan Doctors menjalin hubungan dengan Tae Joon, masing-masing menafikan berita tersebut.

Portal berkenaan yang sering menjejaki pergerakan mereka turut mendakwa bahawa kenalan dan ahli keluarga masing-masing tahu tentang hubungan pasangan itu.

Pada Februari lalu juga, portal tersebut mendedahkan foto Tae Joon yang pernah berlakon drama A Girl Who Sees Smells

sedang menunggu Shin Hye di hadapan kediaman artis wanita tersebut. - UTUSAN ONLINE