Pak Jabit
Pak Jabit

Anak Allahyarham, Abdul Kha­­lid Putra, 28, berkata, berikutan itu, bapanya mendapatkan rawatan di klinik berkenaan kira-kira pukul 4 pagi ini sebelum pulang semula ke rumah.

“Pada mulanya sa­­­ya ingatkan ayah ada masalah jantung dan membawanya ke kli­nik, namun doktor memaklumkan ma­sa­­lah berkaitan angin dalam badan sebelum memberi satu suntikan dan membenarkan arwah pulang.

“Ayah sempat berborak dengan emak, Raja Maharani Raja Jaafar, 64, sebelum tidur semula. Apabila masuk waktu solat subuh, emak terkejut melihat ayah dalam keadaan sesak nafas,” katanya di sini hari ini.

Menurut Abdul Kha­lid Putra, dia cu­ba memberi bantuan pernafasan kepada ayah­­nya sebelum se­kali lagi membawa arwah ke klinik untuk rawatan.

Katanya, dia sem-­ ­­­­­­pat mengajar Allah­yar­ham men­gu­cap­ dua kalimah syahadat.

“Saya membawa ayah ke kereta dan di pertengahan perjalanan, kami menaiki ambulans, namun arwah disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Lanchang pada pukul 7.10 pagi,” katanya.

Dalam pada itu dia membe­ritahu, selain berlakon filem, arwah bapanya itu banyak menghabiskan masa di kampung de­ngan membuka warung dan memelihara ternakan seperti lembu serta kambing.

Jenazah Allahyarham Abd. Kadir disembahyangkan di Masjid Kampung Rantau Panjang kira-kira satu kilometer dari rumahnya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rantau Panjang, Lanchang di sini sebelum solat zuhur hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tujuh anak serta terlibat dalam beberapa filem arahan Mamat Khalid sebagai pelakon pembantu.

Selain Hantu Kak Limah Balik Rumah, arwah turut dikenali dalam filem Zombi Kampung Pisang dan Man Laksa.