Menerusi akaun Instagram milik pasangan itu, Johan memberitahu bahawa Ozlynn dan bayi berada dalam keadaan sihat dan telah pun dibenarkan pulang ke rumah walaupun berlaku sedikit masalah ketika proses melahirkan anak.

“Awalnya Ozlynn berhadapan kesukaran untuk melahirkan bayi, tetapi dia paksa juga dan akhirnya berjaya. Alhamdulillah kedua-duanya sihat dan selamat.

“Buat masa ini, saya bukannya enggan menerima kunjungan pelawat, tetapi mahu membiarkan Ozlynn berehat secukupnya,” katanya memetik kapsyen yang dimuat naik.

Pada masa yang sama, pasangan itu juga buat pertama kali mendedahkan kepada umum wajah comel anak mereka menerusi sebuah klip video dan sekeping foto.

Tambah Johan, apabila tiba masa yang sesuai, barulah mereka terbuka menerima kunjungan rakan-rakan yang tidak sabar untuk melihat anaknya dengan lebih dekat.

Terdahulu, Johan dan Ozlynn telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ariq, 13; Sodiq, 8; Haziq, 5 dan Chantiq, 3. - UTUSAN ONLINE