Orkestra SSP bertaraf antarabangsa

Orkestra SSP Winds satu-satunya pasukan dari Asia ke LAIMF 2016. 2
Orkestra SSP Winds satu-satunya pasukan dari Asia ke LAIMF 2016.

Orkestra SSP mewakili Asi

Muzik merupakan  fenomena yang sangat unik iaitu boleh dimainkan dengan beberapa gabungan alatan muzik lain.

Malah, ia juga satu cabang seni yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap mengikut estetika, corak pemikiran dan emosi manusia yang mencerminkan sesuatu budaya tertentu. Elemen-elemen muzik ini merangkumi irama, melodi, harmoni, warna ton, tekstur, bentuk dan ekspresi.

Mengikut kajian, seorang pakar psikologi, Haward Garner mengkategorikan muzik sebagai salah satu daripada lapan kecerdasan dalam Teori Pembelajaran: Pelbagai Kecerdasan atau lebih dikenali sebagai Multiple Intelligences. Di Malaysia, muzik menjadipilihan anak muda selain untuk menenangkan jiwa, muzik dapat mengurangkan tekanan tugasan yang diberi oleh pensyarah mahupun majikan.

Namun, berlainan pula dengan Pasukan Orkestra Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya yang berjaya mengharumkan nama negara selepas diiktiraf di peringkat antarabangsa baru-baru ini.

Pada 22 Jun lalu, SSP atau dikenali dengan pasukan SP Winds berjaya membawa pulang pingat emas dalam Festival Muzik Antarabangsa Los Angeles (LAIMF 2016) di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Kemenangan mereka membuahkan hasil selepas berentap bersama empat pasukan orkestra ternama di negara tersebut. Merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi, ia sedikit pun tidak menghalang pasukan itu merangkul juara setara dengan kecemerlangan akademik seperti sekolah berasrama penuh lain. – Zakkina Wati Ahmad Tarmizi

SSP rancang Auditorium Orkestra

Lantaran itu, penulis berkesempatan menemuramah pasukan orkestra SSP Winds yang mempunyai 100 ahli gabungan daripada pelajar tingkatan dua hingga lima sekolah tersebut baru-baru ini.

Guru Penolong Kanan SSP, Siti Mariam Shamsuddin memberitahu, kejayaan ini merupakan hasil kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu yang memikirkan semua aspek terutama melibatkan kos perbe­lanjaan bagi menampung 70 pelajar dan lima guru ke pertandingan itu.

“Pihak kami amat berpuas hati apabila diumumkan memenangi pingat emas selepas menempuh segala cabaran menyertai pertandingan berprestij itu, semua pihak sangat seronok dan rasa apa yang dilakukan sebelum ini berbaloi kerana SSP Winds satu-satunya pasukan dari Asia  menyertai pertandingan ini.

“Kami berbangga dapat mencipta nama menerusi pertan­dingan yang hanya menjadi jemputan dalam kalangan orkestra terbaik,” katanya kepada .com.

Siti Mariam berkata, pihaknya masih dalam peringkat perbincangan membina sebuah dewan khas seperti auditorium untuk ahli pasukan orkestra itu mempunyai satu tempat khas mengadakan latihan.

“Jika diluluskan, kita berharap ia dapat menjadi penanda aras untuk menghasilkan muzik yang menarik,” katanya.

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Lagi Artikel Hiburan
Anda juga mungkin meminati