Ini merupakan kali kedua kumpulan tersebut meraih anugerah sama, selain membawa pulang trofi kategori Album Pop/Rock Terbaik untuk tahun ketiga berturut-turut menerusi album Made In The A.M.

“Sukar untuk percaya kami membawa pulang anugerah ini dua tahun berturut-turut. Ini adalah bukti bahawa peminat kami sangat hebat,” kata anggota kumpulan itu, Louis Tomlinson.

Anugerah berprestij itu yang berlangsung di Microsoft Theater, di sini turut memperingati serangan berdarah di Paris apabila beberapa orang selebriti seperti Jared Leto dan Celine Dion mengadakan persembahan khas dengan latar belakang Menara Eiffel.

Swift pula memenangi tiga kategori iaitu Lagu Sepanjang Tahun menerusi Blank Space, Album Pilihan Pop/Rock dengan 1989, dan Penyanyi Pilihan Kontemporari Dewasa, namun dia tidak hadir ke acara tersebut.

Grande pula memenangi anugerah Penyanyi Wanita Pilihan Pop/Rock. – AFP