Ditanya di mana akan meletakkan anugerah itu, dia berkata: "Di tempat tidur dengan saya, antara saya dan suami saya, dia tidak tahu lagi tetapi dia tidak keberatan."

Olivia mendapat pujian kerana ucapannya yang penuh emosi yang mana dia mengakui kemenangan itu adalah sesuatu yang lucu dan juga merupakan satu tekanan dan dia mengakui dia tidak merancang apa-apa untuk ucapan itu.

Ditanya sejauh mana persediaannya untuk ucapan itu, dia memberitahu pemberita di belakang pentas di Dolby Theatre di Los Angeles: "Tak satu pun ... Itu bukan kejadian setiap hari, saya tidak tahu bagaimana semua orang mengarang dan mengingati segala-galanya, ia keadaan sangat pelik."

Dan bintang Britain masih terkejut tentang kemenangannya.

Dia berkata: "Saya tidak tahu, saya tidak dapat memberitahu anda apa yang saya rasa. Tahun depan saya akan dapat memasukkannya ke dalam kata-kata tetapi saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan pada masa ini."

Olivia memenangi anugerah itu melalui watak Queen Anne yang dibawanya dan bergurau permaisuri itu ada memberinya nasihat untuk meraikan kejayaan tersebut.