Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Nyawa kedua dalam nyanyian

 5

SELEPAS dua minggu dengan 24 bekas pelajar dalam misi mencari 12 peserta untuk mengemudi saingan konsert Akademi Fantasia Megastar (AF Megastar) akhirnya Indah Ruhaila, Marsha, Amir Jahari, Shahir, Amir, Sufie, Azhar, Ewal, Syamel, Idayu, Bob dan Adira berjaya meneruskan perjuangan.

Berbaki lima minggu lagi sebelum ke pentas akhir ternyata bukan suatu kerja mudah untuk kesemua penyanyi ini memastikan langkah mereka tidak kecundang di tengah jalan,

Berbeza dengan program AF sebelum ini, AF Megastar meletakkan pemarkahan juri profesional sebagai penentu kepada nasib masing-masing. Dalam erti kata lain kali ini program tersebut hanya akan mencari penyanyi yang selayaknya, bukan lagi menjadikan AF sebagai batu loncatan untuk berada dalam bidang seni.

Selaku juri yang melihat sendiri perjalanan program tersebut, Datuk Ramli MS mengharapkan setiap peserta yang terpilih seharusnya menghargai peluang yang mereka perolehi ini.

Malah kata maestro muzik terkenal itu, peluang dipilih juga harus diibaratkan oleh peserta sebagai nyawa kedua dalam dunia nyanyian.

“Ini adalah peluang kedua untuk mereka, jadi kalau selepas ini tidak produktif juga, tidak tahulah saya. Saya tidak hanya melihat mereka dalam dua minggu ini tetapi potensi yang mereka ada untuk tempoh sepanjang 10 tahun akan datang,” katanya sejurus selepas konsert malam Ahad lalu.

Daripada lapan juara AF yang bersaing, hanya tiga sahaja yang layak ke konsert AF Megastar, Ramli bagaimanapun mempunyai jawapan tersendiri terhadap keputusan itu.

Jelasnya, tanpa undian daripada peminat, peserta-peserta ini termasuk juara AF harus bergantung sepenuhnya kepada kemampuan dan bakat masing-masing.

“Berbeza dari dahulu apabila kita ada undian SMS (sistem pesanan ringkas) dan ini sedikit sebanyak membantu dari segi pemarkahan. Namun kali ini pihak juri yang akan menentukan semuanya.

“Bagi saya sendiri yang dicari adalah kemampuan mereka dari segi teknikal dan kreativiti untuk bersaing. Justeru, keberadaan mereka dalam program ini bergantung sepenuhnya kepada ciri-ciri ini,” katanya.

AF Megastar mengekalkan konsep penyingkiran pada setiap konsert dan tentunya kebarangkalian untuk melakukan penyingkiran lebih daripada seorang peserta bakal berlaku.

Pada malam konsert akhir nanti hanya akan ada lima sahaja peserta yang akan bersaing merebut hadiah utama iaitu wang tunai berjumlah RM100,000.

Sementara itu, 12 lagi peserta yang gagal meneruskan kemaraan adalah Zahid, Faizal, Mila, Faizul, Firman, Rosma, Anding, Adam, Amylea, Nubhan, Aril dan Ara.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan