Berkata kepada Utusan Online, keputusan untuk merakamkan single ciptaan Aepol Roza dan lirik ditulis oleh Iman Imran itu sekadar untuk memenuhi hobinya yang gemar menyanyi, bukannya untuk bertanding dengan sesiapa.


“Dari dulu lagi saya suka menyanyi. Jadi tidak salah rasanya untuk memenuhkan impian sendiri memiliki sebuah single sebagai koleksi peribadi.


“Jadi, tiada niat untuk mengacau periuk nasi penyanyi lain kerana saya sedar kemampuan diri,” katanya.


Sajat berkata demikian sewaktu menghadiri sidang akhbar pelancaran program realiti atas talian, Nur Sajat Rated Xtra yang disiarkan sebanyak 30 episod di portal Tonton.my.


Menerusi single tersebut, turut menampilkan Datuk Seri Aliff Syukri selaku penyanyi undangan bagi membalas semula jasa baik usahawan selebriti itu yang pernah mengundangnya menerusi single Abang Nak Tegur.


“Bagaimanapun, jika lagu ini mampu dicalonkan untuk sebarang kategori, itu adalah bonus dan di luar jangkaan saya,” tambahnya. - UTUSAN ONLINE