Melalui kemenangan itu Noryn atau nama sebenarnya Norazmahwati Abdul Aziz, turut layak membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM 100,000,.

Berada di tangga kedua adalah Dia Fadila yang turut membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000.

Sementara itu, tempat ketiga dimenangi Zamani yang membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 manakala tempat keempat pula milik penyanyi kesayangan ramai, Amelina, dan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000.

Berada di tangga kelima dan keenam adalah Mya Ruslee dan Billy Zulkarnain yang masing- masing membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 dan RM10,000.

Pada pentas akhir malam ini setiap peserta perlu melunaskan tugasan melalui dua segmen berbeza iaitu tugasan duet dan battle yang memerlukan setiap peserta menyampaikan lagu rap. - UTUSAN ONLINE