Memilih nama Mohamed Neqayl Nedim, Nora selamat melahirkan bayinya yang dipanggil Ney Ney itu pagi tadi menerusi kaedah pembedahan.

Suami Nora, Nedim Aziz turut berkongsi video anaknya itu.

Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac tahun lalu dan ini merupakan perkahwinan kedua buat mereka.

Nora sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang kini berusia sembilan tahun.

Nedim juga pernah berkahwin sebelum bercerai pada 2013. Menerusi perkahwinan itu Nedim dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Nedrin yang kini berusia enam tahun. - UTUSAN ONLINE