Mungkin kerana tak tertahan lagi dengan perkara tersebut, akhirnya Nora meluahkan perasaan terkilannya. Dalam luahannya yang panjang lebar, dia mengakui Ney Ney bukanlah anak Mat Salleh yang sentiasa terlihat sempurna dan comel sepanjang masa.

Selain itu juga, isteri kesayangan Nedim ini juga tidak faham kenapa wujudnya golongan yang sewenang-wenang melemparkan kata-kata mengutuk ciptaan Allah seolah tidak ada sedikit pun rasa takut dalam hati mereka. Betullah tu, kadang-kadang terfikir juga comel sangat ke anak mereka sampai nak sesuka hati hina anak orang lain?

Pelik kan dalam bulan puasa pun masih nak mengata orang. Apapun sabarlah Nora. Tak semua orang suka pada kita. Ramai golongan yang cemburu di luar sana. Diharapkan kepada golongan ini, bawa-bawalah bertaubat ya. Jangan sampai nanti apa yang diperkatakan itu berbalik pada diri sendiri pula.