Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Nora curah isi hati di Instagram

KUALA LUMPUR 9 April – Walaupun berpisah nyawa, namun kasih dan cinta penyanyi Nora Ariffin terhadap suaminya, Allahyarham Johan Nawawi tetap utuh.

Nora Ariffin
Nora Ariffin

Rasa cinta dan sayang itu tidak pernah padam apatah lagi hari ini merupakan hari ulang tahun perkahwinan ke-25 pasangan itu.

Jika tahun-tahun sebelum ini mereka bersama-sama meraikan hari bahagia itu, namun pada tahun ini, Nora terpaksa akur dengan ketentuan Ilahi untuk tidak lagi menyam­butnya dengan suami di sisi.

Berkongsi coretan dan luahan pilunya di laman Instagram peri­badinya, Nora berkata, seandai­nya suaminya itu masih ada, mereka kini berada di Mekah sempena usia perkahwinan tersebut.

“9 April 1992, hari pertama bergelar isteri abang. Tahun lepas kita sambut di Bali, abang suka dan nak pergi lagi.

‘‘Tahun ini kita rancang nak mengerjakan umrah sempena 25 tahun perkahwinan dan abang nak pakai tuxedo serta duet lagu Hanya Satu,” tulis Nora.

Bagaimanapun, Nora, 43, reda dengan suratan takdir kerana tahun ini dia tidak lagi dapat me­raikan hari perkahwinan mereka.

“Hakikatnya hari ini abang dah tak ada. Abang pergi tinggalkan I buat selama-lamanya. Tak pernah terfikir abang akan pergi begitu cepat.

‘‘Selama 24 tahun kita tak pernah berpisah lebih dari dua ming­gu. Tapi kita hanya merancang, Allah penentu segalanya. Allah lebih menyayangi abang.

‘‘Dia lebih tahu dan Dia ambil abang terlebih dahulu supaya tenang di taman syurga yang lebih indah dari dunia ini,’’ luah Nora lagi.

Malah, Nora berjanji dan akan berpegang kepada pesanan suaminya itu untuk kuat menjalani kehidupan.

“I akan ingat pesan abang. I janji kena kuat demi untuk menjaga peninggalan abang itu. Zuriat-zuriat kita, mereka juga rindukan papa. Semoga kita sekeluarga dapat bertemu lagi di syurga,’’ katanya.

Dalam pada itu, Instagram Nora turut dihujani ucapan takziah daripada rakan-rakan serta pengikutnya.

Johan menghembuskan nafas terakhir pada usia 52 tahun di sebuah hospital di Subang Jaya, Se­langor kerana sakit jantung.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan