Selaku juara pertandingan, Nor Akmar turut layak mengikat kontrak sebagai artis rakaman naungan Dr. Irma Entertainment selain berpeluang mengikuti program promosi bernilai RM100,000 untuk lagu pertamanya itu.

Nor Akmar yang diangkat sebagai juara pertandingan akhir Suara Juara yang berlangsung di RTM Johor baru-baru ini juga membawa pulang wang tunai RM5,000.

Menerima hampir 100 penyertaan sejak Mei lalu, Pertandingan Suara Juara yang menjadi platfrom pencarian bakat baharu di negeri Johor itu merupakan kerjasama buat julung kalinya Dr. Irma Entertainment dengan JohorFM. - UTUSAN ONLINE