Pasangan itu diijabkabulkan dalam sebuah majlis pernikahan yang disempurnakan oleh Pegawai Agama Istana Negeri Sabah, Imbran Angun dengan berwalikan hakim kira-kira pukul 11.30 pagi tadi, di Kota Kinabalu, Sabah.

“Detik perkenalan kami bermula setelah kami mempunyai seorang kawan yang saling mengenali antara satu sama lain.

“Sejak itu, hubungan kami menjadi akrab dan rapat meskipun ada turun naiknya,” ujar Nonny ringkas.

Dihadiri seramai 100 tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, Mustain yang juga seorang penolong penerbit di Media Prima Berhad itu menyediakan lima dulang hantaran, manakala Nonny pula membalas tujuh dulang hantaran.

Pelakon siri Melankolia yang sedang disiarkan di TV3 itu memberitahu, dia mengenali Mustain, pada 2009 dan menerima lamaran pasangannya di set penggambaran drama berkenaan pada 25 Januari lalu.

Mustain merupakan seorang penolong penerbit yang berkhidmat di Media Prima Berhad. - UTUSAN ONLINE